KEJADIAN HARI ISNIN

Happy MONDAY..!!

Kebiasaannya ada sesetengah org lah kan asal dtg saja hari Isnin komfem secara automatiknya kemalasan bangun pagi-kerja akan dtg dalam diri. Pasal apa ada perasaan mcm tu?sebabnya dlm mind set suda di set kan yg hari isnin adalah hari malas sedunia termasuk diri aku(sebelum inilah but now tdk lg..) lol..

Ok dijadikan ceritanya, hari ini mcm biasa aku bangun seawal 4.30 pagi untuk bagi siap2kan diriku dan boboiku ke sekolah. MESTI kena gerak dari rumah 5.30 pagi klu tidak huh jammed memanjangggggg..sampai dekat sekolah 5.45 gitu. Then bawa my boboi breakfast and after that aku chow.

Entahlah..mungkin hari ini nasib aku kurang baik. Keluar dari simpang sekolah aku hampir2 kena hentam dengan bas sekolah. Secara jujurnya aku tdk nampak bas sekolah yg datang dari arah sebelah kanan tu sebab biasalah kalau sudah banyak kereta yg parking sana sini jadi penglihatanku terlindung. Yang bas sekolah ni pun bengong..sudah tau kawasan sekolah kenalah bawa slow, yg driver tu macam kena kejar hantu saja. Bengang juga td tapi aku biarkan saja and drive mcm biasa menuju ke tempat kerja..

Tup..tup..bila aku sampai dekat roundabout Kompleks Likas dan masuk sebelah kiri aku naik penghadang jalan pula. Haduuuhhh!! apa kenala sama aku hari ni. Dalam fikiran aku konfem aku masuk longkang lah ni tapi nasib baik Tuhan tu masih sayang dengan aku...syukur dan aku teruskan pemanduan namun dalam otakku ligat befikir habislah kereta baruku ni kemek depan. Mana lagi aku fikir yg driver dekat belakang mesti cakap aku ni tengah main hp kah or mabuk or whatever but argghhh malaslah mau fikir tanggapan diorang... 

Setibanya tempat kerja dan siap2 sudah parking aku turun pusing keliling keretaku. Aku ketuk2 bahagian bumper and check manataulah ada yg tercacat masa aku naik penghadang jalan tu tapi semuanya clean. Syukur sekali lagi..

Moral of the story pedulikan driver kereta di belakang. Biar lambat asal selamat(peringatan untuk diriku yang tidak suka kena cucuk2 oleh driver di belakang) huhu...aku harap kejadian seumpama biarlah berlaku yang pertama dan terakhir dalam hidupku..

0 Responses